Hari Peneroka 2019

1 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu,30 November 2019 telah diadakan Hari Peneroka 2019 yang telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara. Program Hari Peneroka 2019 ini merupakan inisiatif dari PIBG Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara, Kelab Anak Muda Warisan Sungai Ara dan Alumni Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara. Tujuan Hari Peneroka 2019 ini diadakan adalah untuk memberikan penghargaan kepada peneroka di Felcra Sungai Ara ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah sukan rakyat, jualan usahawan dan pameran Pusat Ekonomi Digital , Perpustakaan Desa serta Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali